10 Dermawan Jiran Nabi di Syurga (L120)

RM18.70 RM22.00

Stock: 1

Code: 9789675401992

Berat: 0.415kg


Penghantaran


Description

Ramai orang suka menderma dan membuat kebajikan namun bukan semua mendapat pengiktirafan yang istimewa di sisi Allah SWT. Lebih malang lagi, jika perbuatan ini langsung tidak meninggalkan sedikit pun impak di mata Yang Maha Pemurah. Alangkah ruginya jika hasil pemberian kita ditolak oleh Allah SWT.

 

Namun demikian, apakah kelebihan yang ada pada 10 insan dermawan ini? Mengapakah sedekah mereka begitu mulia di sisi-Nya? Adakah mereka telah memberi dalam jumlah yang banyak? Bagaimanakah pahala amal jariah mereka ini diambil kira? Di manakah letaknya kelebihan mereka itu? Apakah yang membezakan sedekah mereka dengan pemberian orang lain?

 

Buku ini mengajak pembaca menyusuri betapa mulianya sifat suka menderma. Jumlah pemberian dan nilai sedekah bukanlah pengukur utama tetapi harga keikhlasan itulah yang membezakan kedudukan antara si dermawan dengan si bakhil. Mudah-mudahan, menerusi kemuliaan yang dipamerkan, kita juga mampu menjadi salah seorang jiran nabi SAW di syurga kelak.

Features