100 Pesanan Terakhir Rasulullah (Q15)

RM14.40 RM18.00

Stock: 1

Code: 9789678603782

Berat: 0.450kg


Penghantaran


Description

SKU978-967-86-0378-2
Weight465 grams
Manufacturer: ALAF 21

 

100 Pesanan Terakhir Rasullulah
Muhd Nasruddin Dasuki

Sinopsis

Tatkala nyawa di hujung usia
tatkala umat yang akan ditinggalkan 
tidak tahu bagaimanakah nasibnya
tergenang air jernih di kelopak mata
apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
buat umat yang terkemudian...

Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.

Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. 
Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini
 menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-NYA.

Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu
 sentiasa mengingati pesanan Rasulullah s.a.w agar tidak
 lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah
 s.a.w telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-
Quran dan sunah tetap dijadikan panduan. 

100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. Insya-ALLAH.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
Peliharalah solatmu 
Isteri, taatilah suamimu
Bersedekah biarlah ikhlas
Bersahabat cara Rasulullah
Memberi salam itu satu sedekah 
Ziarahilah kubur ingati kematian
Mengharap keredhaan beribadat 
Tawaduk penghapus kesombongan
Al-Quran dan sunah panduan hidup 
Pertolongan ALLAH buat yang sabar

Features