Aku Mahu SuperBibik - Edisi Kemaskini (L195)

RM13.60 RM17.00

Stock: 0

Code: 978-967-0411-04-0

Berat: 0.300kg


Penghantaran


Description

Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5
ISBN-13: 978-967-0411-04-0 
Tarikh Terbit: 20 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 300

Berat (kg): 0.30

**********************

“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih berbahasa Inggeris, mahir menjahit dan ada lesen memandu serentak!” beritahu Ina yakin.

“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa seperti kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak. 

“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tetapi saya tidak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang superbibik!”

Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temu ramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!

Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga bibik secara serentak. Itu membuatkan Fasharina binti Tan Sri Hisham, Ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha perlu mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!

Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!

Features