Fatasyabbahu: Teladanilah Mereka (L97)

RM15.30 RM18.00

Stock: 0

Code: 9789830978352

Berat: 0.200kg


Penghantaran


Description

SINOPSIS

Kisah-kisah hidup para ulama dan orang soleh sangat perlu untuk diperdengarkan dan disebarkan kepada seluruh umat lebih-lebih lagi di akhir zaman ini manusia sudah ramai yang kehilangan adab, akhlak mulia, ketenangan dan rasa hormat.

Buku ini memuatkan 95 kisah ulama dan ilmuan Islam yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menyebarkan serta mengajarkannya kepada masyarakat di samping adab dan akhlak yang mereka tampilkan.

Membaca kisah-kisah mereka mampu menghidupkan hati, memberi keinsafan juga menambahkan semangat untuk mencontohi mereka.

 

Antara kisah yang dihimpunkan dalam buku ini:

  1. Imam Abu hanifah tidak pernah melunjur kaki ke arah rumah gurunya.
  2. Imam asy-Syirazi ulang kaji setiap mata pelajaran 100 kali.
  3. Kesungguhan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari mempertahankan Ahlus Sunnnah melalui tulisan.
  4. Imam Muhammad bin Suhnun mewariskan 100 juzuk kitab besar dalam pelbagai ilmu.
  5. Syeikh Daud al-Fathani pengarang ulung Asia Tenggara.
  6. Imam al-Alusi mengajar 24 pelajaran sehari.
  7. Imam Ahmad bangun kerana memuliakan nama ulama.

Features