HAMKA: Tafsir Surah Al-Anbiyaa' dan Juzuk 17 (L126,N9)

RM22.50 RM25.00

Stock: 172

Code: 978-967-481-113-6

Berat: 0.385kg


Penghantaran


Description

SINOPSIS / SARI RANSANG

Surah Al-Anbiyaa’ yang bererti nabi-nabi diturunkan di Makkah, diturunkan sesudah Surah Ibrahim. Dari tuntunan yang berkali-kali telah kita terima, soal-soal pokok yang jadi isi dari surah-surah Makiyyah ialah soal aqidah. Jika disimpulkan pula aqidah itu terhimpunlah dia kepada tiga. Pertama, tauhid, iaitu pokok kepercayaan tentang keesaan Allah.

Kedua, Ar-Risalah, iaitu bahawa Allah mengutusmanusia-manusia yang dipilih-Nya sendiri buat menyampaikan wahyu yang berisi bimbingan dan pimpinan untuk manusia dalam menempuh hidup. Ketiga, al-Ba’ats, iaitu kepercayaan bahawa di belakang hidup yang kita lalui sekarang ini akan ada lagi kebangkitan untuk hidup yang kedua kali.

 

Features