Henshin 3 Peluang Ketiga (Edisi Komik) (L37)

RM23.75 RM25.00

Stock: 3

Code: 9789672020141

Berat: 0.215kg


Penghantaran


Description

ISBN: 978-967-2020-14-1
Tarikh Terbit: JANUARI 2018
Jumlah Muka Surat: 173

Berat (Kg): 0.215

SINOPSIS

Aiman adalah seorang manusia biasa. Ada salah dan silapnya. Pada mulanya beliau merupakan seorang anak dan pelajar yang cemerlang . Semakin meningkat usianya, semakin bertambah cabaran hidupnya. Adakah beliau berjaya mengharungi segala liku - liku cabaran kehidupan? Ataupun lemas didalam arus kejahilan? Sama kita ikuti kisah beliau. Buku ini adalah versi komik kepada novel yang sama tajuknya.  

ISI KANDUNGAN

 

PROLOG

KOMIK

PUISI UNTUK UMMI

KONKLUSI & REJUVENASI BUAT HATI

 

ULASAN

 

Komik adalah suatu medium yang sering mengalami konotasi negatif kerana dahulu komik hanya membawa cerita - cerita yang dianggap tidak berfaedah daripada warga - warga lama. Berikutan juga dengan penggunaan bahasa yang tidak betul dari segi tatabahasanya. Walaupun begitu, pada zaman kini sudah adanya usaha untuk menjadikan komik sebagai salah satu medium pengajaran. Yang paling terkini ialah penyampaian mesej - mesej dakwah mula dipentaskan didalm medium komik.

Salah satunya ialah komik "Henshin 3: Peluang ketiga". Komik ini mengisahkan tentang kehidupan penulisnya sendiri iaitu Aiman Banna yang dilanda ujian demi ujian dalam kehidupan. Komik ini mengetengakan mesej yang berguna kepada mana - mana individu yang ingin kembali ke pangkal jalan setelah sesat didalam labirin dunia. Dengan membaca komik ini dapatlah disimpulkan bahawa setiap yang bergelar insan pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan.

Sebaik - baik jalan untuk mengatasi rasa kekalahan dan kekecewaan selepas dilambung ombak ujian duniawi adalah dengan bertaubat. Lebih tepat sekali ialah taubat nasuha. Komik ini amat digalakkan untuk menjadi bacaan kepada semua anak muda tidak kira sama ada mereka berada di jalan yang betul ataupun yang tersesat langkahnya. Semoga pengajaran yang ada didalam komik ini dijadikan suatu pedoman dalam hidup dan sebaga pembakar semangat untuk mencari dan istiqomah diatas jalan yang di redhai Allah s.w.t

-sumber: H2413

Features