Jeriji Besi Biarkan Aku Sengsara Di Sini: 24 Libasan Rotan, Banduan Ganas, Seludup Dadah (L54)

RM23.75 RM25.00

Stock: 10

Code: 9789671538005

Berat: 0.323kg


Penghantaran


Description

Zakri graduan muda baru bertugas di Majlis Daerah Kuang Selatan dengan menyandang jawatan penting di sana. Dia mengalami kejutan budaya yang parah. Sentiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Sering mahukan sanjungan dari kalangan kakitangan dan masyarakat setempat.

Setelah sedar akan dosa-dosanya, jiwanya mula bergelora hingga membuatkan beliau mengambil keputusan menghukum dirinya sendiri. Keputusan itu diteguhkan lagi selepas dia terlibat dengan kemalangan jalanraya yang hampir meragut nyawanya.

Akhirnya dia bertindak menyertai Jabatan Penjara untuk berguru dengan kesengsaraan yang ada di dalamnya supaya boleh memberikan keinsafan kepada dirinya. Berbagai pengalaman perit dan getir sepanjang berada bersama-sama banduan dan kakitangan penjara banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan yang hakiki.

Dengan penuh semangat, Zakri terus bercerita, "Sah kereta yang aku pandu telah terbalik. Aku sangka aku sudah mati lalu aku hanya mendiamkan diri sahaja. Rasa seolah-olah aku sedang menunggu sahaja Malaikat Maut datang untuk menjemput roh aku ketika itu." Muka surat 13

Zasss! Libasan sulung mula menjamah punggung Mohd Khir. Serta merta bahagian punggung yang dijamah oleh rotan itu bertukar warna daripada warna coklat kepada satu jaluran berwarna putih. Muka surat 83

Zakri masih belum puas dan berkata lagi, "Jika sekadar kamu mahu berikan duit yang dikeluarkan dari lubang punggung kamu itu, usahlah kamu cari saya. Cari sahaja orang lain yang lapar dengan duit busuk itu." Muka surat 194

Features