Komik Ana Muslim: REVOLUSI SATRIA BULAN BINTANG 3 - RAJA RIBUT (Edisi Kemaskini) (L182)

RM9.27 RM10.90

Stock: 4

Code: 9789674490829

Berat: 0.231kg


Penghantaran


Description

Satria Bulan Bintang adalah seorang manusia yang dipilih dalam kalangan penduduk bumi untuk menjaga keamanan di Kota
Rafflesia. Antara ramairamai penduduk yang ada, Aris diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini. Misinya cuma satu iaitu membanteras kejahatan. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh dalam usaha menyelamatkan Kota Rafflesia daripada penjenayah. Musuh-musuh Satria Bulan Bintang adalah makhluk Planet Khauseer. Mereka datang untuk membuat hura-hara dan menjadikan bumi ini kucarkacir. Saksikanlah pertarungan hebat yang berlaku antara Satria Bulan Bintang menentang musuh-musuhnya.

 

Texan, orang suruhan Voltex mempunyai keinginan yang membuak-buak untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Dia juga menyimpan dendam kepada Satria Bulan Bintang yang sering menghalang kegiatan jahatnya untuk mengkucar-kacirkan Kota Rafflesia. Dengan menggunakan kuasa luar biasanya, Texan mampu menghapuskan riwayat hidup sesiapa sahaja dengan kuasanya yang seperti ribut! Dalam bahasa mudahnya, belum ada satu musuh pun yang mampu menewaskan Texan! Persoalannya, mampukah kekuatan Satria menewaskan kuasa Texan?

Features