Kompilasi Komunikasi Dengan Anak-Anak Tip Komunikasi Seharian (Siri 2) (L54)

RM17.85 RM21.00

Stock: 0

Code: 9789674613709

Berat: 0.130kg


Penghantaran


Description

Buku ini merupakan kompilasi daripada halaman Facebook dan blog norzilazakaria.blogspot.com. Ia adalah kisah komunikasi penulis dengan anak-anak mereka untuk siri yang kedua. Penulis memberikan perkongsian bagaimana mereka menanamkan keyakinan kepada Allah dan melatih anak-anak mereka untuk melakukan ibadat seperti solat dan puasa sejak anak-anak kecil lagi. Penerangan mengapa perlu melakukan itu semua dijelaskan kepada anak-anak agar mereka faham bahawa semua perbuatan hanyalah untuk mencari redha Allah SWT.

Buku komunikasi dengan anak-anak memang banyak di pasaran dan kebanyakannya dalam bentuk teori. Buku ini menceritakan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian dan mempunyai dialog-dialog sebenar untuk memudahkan pemahaman dan boleh dipraktikkan. Buku ini ditulis dengan persembahan yang santai dan mudah difahami seolah-olah cerpen. Ia dapat menarik minat pembaca kerana menggambarkan situasi sebenar.

Sasaran pembaca buku ini terdiri daripada ibu bapa, para guru di prasekolah, sekolah rendah dan menengah.

Features