Linguistik Am - Prof Abdullah Hassan (L211)

RM18.90 RM21.00

Stock: 5

Code: 978-983-3376-18-5

Berat: 0.230kg


Penghantaran


Description

Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu linguistik dan perlu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu. Buku ini juga perlu disimpan dalam semua perpustakaan awam dan peribadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku Linguistik Am ini diterbitkan semula dalam bentuk cetakan terhad menurut permintaan, buku ini juga diterbitkan dan dijual dalam bentuk digital. Buku ini adalah edisi terakhir (2005), setelah dicetak semula sebanyak tiga belas kali sejak 1980. Buku ini memperkenalkan bidang linguistik atau ilmu bahasa Melayu dengan mudah dan sistematis. Topik yang dibincangkan dalam buku ini adalah;

- Definisi linguistik am

- Sejarah ilmu linguistik

- Kedudukan bahasa Melayu dalam keluarga bahasa dunia

- Fonetik (bunyi)

- Fonologi (ejaan)

- Morfologi (perkataan)

- Sintaksis (ayat)

- Semantik (makna)

- Ilmu bahasa sebagai suatu bidang antara disiplin

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Abdullah Hassan, B.A. & M.A. (Malaya), Ph.D (Edinburgh), adalah seorang profesor dalam Pengajian Bahasa Melayu. Kepakaran beliau adalah linguistik am, tatabahasa Melayu, perancangan bhasa, komunikasi, terjemahan dan berfikir. Beliau pernah berkhidmat di Pusat Bahasa dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1972-1997); di Jabatan Komunikasi, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur (1997-2001);di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim (2001-2011); dan menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (2011-2015). Beliau dianugerahkan gelaran Professor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2006. Sekarang beliau adalah ahli lembaga Pengarah, syarikat penerbitan keluarga sendiri, iaitu PTS Media Grop Sdn. Bhd.

Features