LOVE Till Jannah (L38)

RM30.52 RM35.90

Stock: 8

Code: 9789671519837

Berat: 0.273kg


Penghantaran


Description

Format: Paperback
ISBN: 9789671519837
Muka Surat: 143
Berat(kg): 0.273

SINOPSIS

Setiap yang mengikat hubungan pernikahan pasti mahukan kebahagiaan. Tetepi tiada rumahtangga yang bebas dari ujian. Setiap ujian yang menyinggah pasti ada penyelasaiannya. Hidup berpasangan ini lebih mencabar ujiannya. Kita perlu memikirkan orang lain berbanding jika kita hidup bersendirian.

Walau cinta seluas lautan pun percayalah mana mungkin kita memahami dan mengenali pasangan kita sepenuhnya. Usah anggap jika kita sudah cinta berbelas tahun sekalipun, bererti kita sudah cukup mengenali pasangan. Oleh kerana itulah pendapat mendefinisikan lima tahun pertama sesebuah perkahwinan sebagai tempoh untuk mengenali hati budi dan karakter pasangan.

Karya kali ini tentang tangan membuka ruang setiap insan mencorak hubungan melalui tulisan tangan. Apabila suami kenal isteri, maka kebahagiaan lebih mudah menyinggah, apabila isteri faham suami, keharmonian terselah. Semoga buku ini dapat membantu anda mencari relationship goals anda. Semoga naskhah ini membuka jalan-jalan kebahagian dalam rumahtangga kalian.

Katakanlah: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan; sama ada adripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka sendiri, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya."

(Surah Yasin, 36: Ayat 36)

 

Selamat bercinta hingga ke SyurgaNya.

Features