Menebus Rindu #(L5)

RM28.80 RM32.00

Stock: 0

Code: 9789671899700

Berat: 0.410kg


Penghantaran


Description

Tajuk: Menebus Rindu #
ISBN: 9789671899700
Penerbit: Infiniti Publishing
Penulis: Hany Hisham Musa
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat:415
Halaman:Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.41 kg
Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 3cm

SINOPSIS / SARI RANSANG

Tentang dua jiwa yang hilang arah tuju setelah patah hati. Berhenti dicintai tanpa merelakan, dua jiwa itu ditinggalkan bersama sengsara rindu. Langkah mereka tersesat saat menggagahkan diri mencari arah ke mana rindu yang ditanggung itu harus ditebus. Rindu yang menemukan mereka tentang pelbagai perkara, termasuk diri sendiri yang tidak pernah mereka kenali. Azim tidak pernah tahu rupanya dirinya lemah dan Khadija tidak pernah tahu dia seorang yang kuat.
Ditinggalkan kekasih yang masih sepenuh hati dicintai, Khadija berusaha untuk mengubah dirinya demi menawan kembali cinta yang telah pergi. Tapi penghujung misinya, pelamin angannya musnah, dia terluka lagi. Lalu dia menyandarkan hidup pada satu-satunya harapan kasih yang tersisa, mencari bapa kandung yang terpisah sejak kecil. Kehilangan dan patah hati menjadikan Khadija kuat. Kerana hati yang kuat yang dia miliki itu adalah hati yang disakiti dan berpanjangan menanggung rindu yang disangka tiada berpenghujung.


Azim pula seorang yang hilang segala-gala yang dia miliki termasuk jatidirinya setelah kehilangan anak dan isteri. Meski telah separuh mati merindui dan merayu, isterinya tetap dengan pendirian untuk berpisah. Musnah dalam penyesalahan dan depresi, dia hilang pengharapan lalu menyerah kalah.


Pertemuan tanpa disangka antara Azim dan Khadija terjadi di Sri Lanka. Ketika Khadija sedang mengatur langkah sambil menggendong rindu mencari kasih yang terpisah, sebuah tragedi hidup dan mati terjadi antara dia dan Azim. Tragedi yang mengubah haluan Azim untuk kembali ke jalan pulang, jalan rahmat Tuhan. Jalan yang ditunjukkan Khadija yang bukan siapa-siapa kepada Azim.


“Dunia ini hanya tempat tumpangan. Kita semua adalah tetamu di dunia ini. Tetamu, bukan penghuni. Tetamu resamnya bakal pergi selepas menyinggah. Di sini bukan tempat tinggal kekal kita. Sabarlah, Tuhan beri ganjaran yang hebat buat orang-orang yang sabar. Dalam hidup ini, ingat satu perkataan. Sabar. Itu kata kuncinya. Kembalilah kepada Allah. Jangan biarkan cinta sesama manusia memusnahkan hidup kau.


Tersungkurlah di hadapanNya, kerana dia Allah, Tuhanmu dan Tuhanku.”


Setiap kalimat yang terungkap dari bibir Khadija tertusuk jauh ke lubuk hati Azim. Menebarkan sebuah maksud yang begitu bermakna. Sebuah kesedaran besar. Khadija menyambung.


“Mati itu dekat dengan kita. Mati itu tidak perlu dicari. Aku selalu mengingati diri aku, jangan pernah tidur di waktu malam dengan keyakinan keesokan pagi aku akan membuka mata lagi. Dan andainya esok aku masih membuka mata, aku akan ingatkan diri aku yang malam nanti belum tentu aku akan kembali ke katil itu lagi. Selamat malam.”

 

Features