Menggapai Bintang-Ustaz Shaari Ab Rahman (L53)

RM29.75 RM35.00

Stock: 17

Code: 9789832423621

Berat: 0.287kg


Penghantaran


Description

Kita melihat bintang untuk mendapat ketenangan, mereka memandang bintang untuk mendapat panduan.

Kisah-kisah dalam Al-Quran bukan sekadar cerita penghias Al-Quran. Kisah-kisah yang bertaburan ini berperanan seperti bintang-bintang di langit - bukan hanya menerangi malam tetapi sebagai panduan bagi yang mencari arah.

Terkadang kita rasa seperti kisah-kisah ini adalah cerita lampau, jauh dan tiada kaitan dengan kehidupan masa kini. Buku ini hadir untuk merapatkan jurang tersebut agar kita rasa dekat dengan kisah-kisah ini; sekali gus memaknai ibrahnya dalam memandu kehidupan kita.

"Jika kamu terlihat bintang, sebenarnya kamu melihat sejarah. Jika kamu melihat bintang, sebenarnya kamu melihat ibrah".

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis:

Muhamad Syaari Ab Rahman merupakan pengasas dan felo pendidik Tadabbur Centre, sebuah pusat pembelajaran ilmu tafsir dan tadabbur. Beliau telah menulis 4 buku sebelum ini termasuk Kompas 114 dan Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran.

Features