METAFORA SUCI DARI LANGIT (L5)

RM23.20 RM29.00

Stock: 1

Code: 978-967-86-0447-5

Berat: 0.530kg


Penghantaran


Description

Format: Paperback

ISBN978-967-86-0447-5

Tarikh Terbit: 01 Mar 2015

Jumlah Muka Surat: 272

Berat(kg): 0.55

 

Sinopsis

Al-Quran adalah silibus yang diturunkan ALLAH sebagai panduan kepada

manusia mencari jalan pulang ke tanah air kita, SYURGA. Kerana itu, Kalam

ALLAH ini untuk difahami dan diamalkan bukan sekadar dibaca dan dilagukan.

Bagi memudahkan kefahaman al-Quran, ALLAH menggunakan pelbagai

kaedah antaranya menggunakan metafora atau perumpamaan. Terdapat pelbagai

perumpamaan yang ALLAH datangkan dalam al-Quran bagi membantu manusia

memahami kehendak ALLAH. Mengkaji perumpamaan-perumpamaan dalam

al-Quran, saya dapati ia banyak berkaitan isu-isu ghaib dan tauhid yang sukar

difahami oleh manusia. Lalu membandingkan isu-isu ini dengan benda atau

peristiwa yang biasa berlaku di sekeliling manusia memudahkan pemahaman

mereka.

Manusia dengan akal mereka yang lemah tidak dapat membayangkan berapa

banyak ALLAH melipatgandakan infak yang baik. Lalu ALLAH

mengumpamakannya seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan

setiap tangkai mempunyai seratus biji bijian. Manusia tidak dapat membuktikan

sifat sementara dunia ini dan kewujudan akhirat. Dan ALLAH menggambarkan

keindahan kehidupan dunia ini seperti kebun yang subur, tetapi kemudian

dimusnahkan dalam sekelip mata.

Membaca dan mengkaji semua metafora yang terdapat

dalam al-Quran, pembaca pasti mengubah pandangan

mereka mengenai dunia dan akhirat .

Features