Moyang Salleh(L119)

RM16.00 RM20.00

Stock: 2

Code: 978-967-408-158-4

Berat: 0.240kg


Penghantaran


Description

ISBN-13: 978-967-408-158-4 
Tarikh Terbit: 10 Aug 2013
Jumlah Muka Surat : 208

Kategori: Novel DewasaNovel Dewasa UmumNovel Sejarah

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

 

 

Sinopsis

Kisah Moyang Salleh dan para pengikutnya yang menuntut adat di Empayar Johor. Keempat-empat pengikutnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tok Gagah Lela Perkasa  mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dapat mengalahkan 10 orang dalam pertandingan tarik tali. Tok Beruang Hitam mempunyai cakar yang kuat, Tok Laut Api dapat mengeluarkan api daripada mulutnya, dan Tok Bauk yang dapat melompat setinggi pokok kelapa. Berjayakah mereka dalam misi mereka menuntut adat di Johor?

 

 

Review

Moyang Salleh, namanya jarang didengari, namun orangnya hebat tidak terperi. Dengan kuasa sakti, tubuhnya tidak mampu disakiti, dan dia tidak takut mati. Dia adalah pemimpin Jelebu yang sangat dihormati dan sangat banyak menabur bakti. Dia suka merendah diri, namun kata-katanya sangat didengari. Kisah Moyang Salleh adalah kisah benar yang menjadi legenda Johor.

Ketika Moyang Salleh memimpin Jelebu, kawasannya aman damai dan tiada musuh yang berjaya menceroboh. Dia sendiri mempunyai sebilah keris sakti dan dibantu pula oleh empat orang pahlawan yang gagah perkasa. Tok Laut Api mampu mengeluarkan api menerusi hembusan nafasnya. Tok Gagah Lela sangat kuat hingga mampu mengalahkan 10 orang lelaki sekaligus. Tok Beruang Hitam pula, apabila melompat, tinggi lompatannya melepasi pokok kelapa yang tinggi. Akhirnya sekali, pembantu Moyang Salleh adalah Tok Bauk, yang mampu menggali lubang yang besar dengan hanya menggunakan tangannya sahaja.

Konflik tercetus apabila anak sahabatnya dibunuh oleh Sultan Johor yang suka merampas isteri dan tunangan orang. Seluruh daerah telah bersatu mahu berperang dengan kerajaan Johor yang zalim. Moyang Salleh dihantar sebagai utusan untuk menuntut hak dan mendapatkan penjelasan daripada Sultan Johor. Di pusat empayar kesultanan Johor yang mempunyai ribuan askar, Moyang Salleh dan empat pahlawannya berdiri gagah untuk menuntut hak mereka.

Namun, Sultan Johor terlalu angkuh dan enggan menemui mereka. Malah, mereka dipermain-mainkan dan dilayan dengan kasar. Mereka pantang dicabar dan mula menunjukkan kehebatan mereka. Apakah kesudahan kisah legenda Moyang Salleh dan para pengikutnya ini?

 

Features