[PRE-ORDER] Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali (Edisi Softcover) (L201,BL201,SR,G58)

RM24.30 RM27.00

Stock: 3447

Code: 978-967-481-377-2

Berat: 0.220kg


Penghantaran


Description

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Aku Rindu Pada-Mu dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang pertama daripada 4 buah buku dalam siri ini.

Ya Allah Aku Rindu pada-Mu, mengumpulkan 13 topik berkenaan sifat syukur yang perlu direvisi semula oleh setiap hamba Allah dan dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah Nak Cerita’ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca.

 

“Ya Allah, semakin jauh daripada-Mu, jiwaku semakin hampa, hatiku semakin gelisah dan tidak ada lagi nikmat dalam ibadah.”

“Ampuni aku ya Allah kerana selama hidupku ini, aku belum mampu mengenal-Mu. Seandainya Engkau masih memberikan kepada aku waktu, tentu aku ini mengenal-Mu, serta ingin lebih dekat dengan-Mu. Ya Allah, aku rindu pada-Mu.”

 

Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali

Ya Allah, Kenapa Aku Takut Mati?

Ya Allah, Sungguh Aku Lalai

Ya Allah, Inilah Caraku Mengingati Mati

Ya Allah, Bagaimana Akhir Hayatku?

Ya Allah, Aku Ingin Husnul Khatimah

Ya Allah, Aku Datang kepada-Mu Sendirian

Ya Allah, Bagaimana dengan Jasadku?

Ya Allah, Siapakah yang akan Diseksa?

Ya Allah, Ampuni Aku, Ampuni Aku….

Ya Allah, Aku Bersedia Apa Pun yang Terjadi

Ya Allah, Aku Ingin Menjadi Penghuni Syurga-Mu

 

Ya Allah, Aku Ingin Berjumpa dengan-Mu

Features