Siri Cerita Hantu: Puaka Rempit (L167)

RM9.00 RM10.00

Stock: 162

Code: 978-967-369-426-6

Berat: 0.090kg


Penghantaran


Description

SINOPSIS

“Ada orang cerita dengan aku, dulu ada seorang pelumba. Orang gelar dia Joe Highway. Dia ni memang hebat. Berlumba dengan siapa pun boleh menang. Ada orang cakap, satu kali tu, Joe berlumba guna motor RXZ, lawan dengan motor KRZ. Kalau ikut logik, memang cicir lima enam tianglah Si Joe tu, kan? Tapi tak jadi macam tu. Mamat yang bawa KRZ tu yang kena tinggal,” cerita Mendan.

“Fuh! Biar betul? Y-Suku tak lumba sekali?” Farin kagum.

“Zaman tu mana ada Y-Suku lagi! Ini cerita 15 tahun lepas!” marah Mendan.

“Oo… okey, okey. Zaman 125Z.”

“Ada orang cerita, selalunya orang yang berlumba dengan Joe Highway ni akan mati dalam perlumbaan tu,” beritahu Mendan.

“Mati?”

“Ha’ah! Mati kemalangan ngeri. Tu yang orang takut nak berlumba dengan dia. Orang kata, Joe Highway ni ada ‘pakai’. Motor dia tu minta nyawa!”

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Features