Siri Cerita Hantu: Puaka Asrama (L166,L168)

RM9.00 RM10.00

Stock: 64

Code: 978-967-369-380-1

Berat: 0.088kg


Penghantaran


Description

Format: Paperback
Saiz: 4.5"x7.25"

ISBN-13: 978-967-369-380-1

Tarikh Terbit: 30 Nov 2017

Jumlah Muka Surat: 120

 

Sinopsis

“Kaduk, main jelangkung tu apa?” tanya Je’am.

“Kira macam main spirit-spirit tapi tak pakai duit syiling.”

“Habis tu pakai apa? Pakai kad kredit?”  

 

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Dato' Bentara, Kijem, Begok, Ijan, Kaduk, dan Je’am terpaksa curi-curi bermalam di asrama semasa cuti sekolah. Pada malam itu, Ijan secara tidak sengaja termasukkan kakinya ke dalam besen yang menjadi bekas mereka merendam mi segera dan menyebabkan mi segera itu menjadi berpuaka. Kerana tercabar dan mahu membuktikan mereka bukan pengecut, Begok, Kaduk, dan Ji'em bermain jelangkung di tangga asrama, sementara Kijem dan Ijan melompat pagar asrama untuk ke kedai mencari makanan.

Kaduk, yang menjadi penyeru kepada jelangkung merupakan orang pertama menjadi mangsa. Je'am ternampak dia dilapah hidup-hidup oleh satu lembaga. Dan di dinding asrama, ada lembaga lain yang mengerikan sedang merayap-rayap, mengetuk-ngetuk dinding. Mereka tidak lagi selamat tinggal di asrama itu. Persoalannya, mampukah mereka menyelamatkan diri? Atau kisah mereka akan menjadi urban legend yang akan diceritakan dalam tahun-tahun mendatang?

 

Review

Dalam tiga siri Puaka Penerbit X ni, Puaka Asrama lah yang setakat ni bagi aku superb lah. Mungkin sebab penulisnya seorang je dan si Khairul Nizam Khairani plak tu. Aku memang suka ngan penulisan dia lepas aku baca Siri Anarkis... Siri Kudeta dan lain2 cerpen dia. Untuk Puaka Asrama ni, ideanya fresh, kisahnya lain daripada yang lain dan memang membuatkan pembaca teruja. Gaya penulisan dan penceritaan juga kemas. Memang terbaik rating aku bagi untuk karya ni. Dan aku suka sebab ada wataknya yang kebetulan menggunakan nama samaran yg sama dengan aku. Dari sekolah menengah sampai dah tua ni masih melekat nama tu. Hahaha... apa2 pun semoga ada kesinambungan cerita ni. Ada hint tu macam nak sambung. Kesimpulannya, diharapkan si penulis akan buat sekuel kepada cerita makluk pelik misteri yang menyerang sekumpulan pelajar asrama ni. Prekuel pun molek juga. Kalau boleh nak tahu cerita yang detail tentang asal-usul makhluk tu. Hahaha!!! Kipidap!! - BadrulHadza

Features