(OP) The 21 Indispensable Qualities of a Leader: 21 Kunci Pemimpin Efektif (L74)

RM14.00 RM28.00

Stock: 2

Code: 978-983-3586-88-2

Berat: 0.200kg


Penghantaran


Description

ISBN-13: 978-983-3586-88-2
Tarikh Terbit: 8 Apr 2008
Jumlah Muka Surat : 160

Berat (KG): 0.20

Apakah yang menyebabkan orang mahu mengikut pemimpin? Apakah yang menyebabkan pengikut pemimpin sanggup bermati-matian untuknya, manakala pengikut pemimpin yang lain merungut-rungut mengikuti arahan pemimpin itu? Jawapan sebenarnya terletak pada sifat-sifat yang ada pada diri pemimpin itu. Buku ini ditulis bagi membantu menyedarkan anda berkenaan nilai-nilai yang perlu ada pada pemimpin, serta membantu anda menanam serta membentuk nilai-nilai itu dalam keperibadian anda. Supaya anda menjadi pemimpin yang lebih efektif dan disanjungi serta disayangi pengikut-pengikut anda. 

Adakah anda mempunyai ciri-ciri pemimpin yang disayangi dan disanjungi pengikutnya? Apabila difikirkan kembali, adakah anda yakin anda mampu mencapai segala cita-cita dan impian anda? Inilah persoalan utama yang perlu dijawab sebelum anda dapat mencapai potensi diri anda yang sebenar.

Apabila membaca buku ini, anda akan mendapati bahasanya cukup mudah dan idea serta prinsip yang cuba disampaikan logik dan mudah difahami. Mungkin juga anda dapat habiskan membaca buku ini dalam sekali duduk sahaja. Jangan lakukan begitu! Buku 21 Kunci Pemimpin Efektif  ini ditulis supaya anda dapat menghayati isi kandungannya dengan pendekatan yang sama seperti diambil oleh Bill Freeman: Secara strategik dan sistematik.

enulis mengesyorkan anda jadikan buku ini sebahagian daripada hidup anda buat seketika. Baca satu bab dan luangkan sedikit masa bagi memikirkannya. Gunakannya bagi mencerminkan diri dan orang sekeliling anda. Jika sifat yang anda sedang kaji itu memang kekurangan pada diri anda, luangkan sedikit masa bagi memperbaikinya sebelum anda beralih ke bab yang baru. Anda mungkin juga dapat mengulangi proses ini beberapa kali dalam setahun supaya sifat-sifat ini lebih sebati dengan peribadi anda.

 

Penghargaan Penterjemahan

Penghargaan Penulis Asal 

Pengenalan

1    KARAKTER: Anda Perlu Cekal Seperti Batu

2    KARISMATIK: Kadangkala Pandangan Pertama Sudah Mencukupi  

3    KOMITMEN: Membezakan Antara yang Melakukan dengan yang Hanya Berangan-Angan  

4    KOMUNIKASI: Tanpanya, Anda Hanya Bergerak Seorang Diri 

5    KECEKAPAN: Jika Anda yang Melakukannya, Mereka Pasti akan Mengikut 

6    KEBERANIAN: Satu Orang yang Berani Sama dengan Sebuah Majoriti   

7    KEBIJAKSANAAN: Tiada Lagi Misteri yang Tidak Dapat Diselesaikan  

8    FOKUS: Semakin Tajam Fokus Anda, Semakin Tajam Kemahiran Anda  

9   BERMURAH HATI: Cahaya Lilin Anda Tidak Malap Apabila Menyalakan Lilin yang Lain  

10   INISIATIF: Tanpanya Anda Tidak Mungkin Keluar Dari Rumah 

11   MENDENGAR: Bagi Menyentuh Perasaan Mereka, Gunakan Telinga Anda  

12   KEGHAIRAHAN: Hargai Setiap Hari dalam Hidup Anda

13   SIKAP POSITIF: Jika Anda Percaya Anda Boleh, Anda Pasti Boleh

14   MENYELESAIKAN MASALAH: Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah  

15   HUBUNGAN YANG BAIK: Jika Anda Mempunyai Hubungan yang Baik, Mereka akan Mengikut Anda

16   BERTANGGUNGJAWAB: Jika Anda Tidak Sanggup Memikulnya, Anda Tidak Layak Memimpin  

17   BERPENDIRIAN TEGUH: Kecekapan Tidak Mungkin Dapat Menggantikan Keyakinan Diri  

18   DISIPLIN: Orang Pertama yang Perlu Anda Pimpin adalah Diri Anda Sendiri  

19   SEDIA BERKHIDMAT: Bagi Terus Maju, Dahulukan Orang Lain  

20   KEMAHUAN HENDAK BELAJAR: Teruslah Belajar Supaya Dapat Terus Memimpin  

21   VISI: Anda Tidak Boleh Kejar Apa yang Anda Tidak Dapat Lihat  

Kesimpulan   

Profil Penulis   

Features